Friday, August 27, 2010

bila diri di uji...


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:




Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).









Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Thursday, August 19, 2010

fantasy ke reality????



tuan muhamad azam..
saya nak awak tahu saya SAYANG AWAK!!
saya xpenah buang awk dr hidup saya
walau xda bunga di hari konvokesyen
walau xda sms mcm dulu2
walau susah nk bertanya khabar
awak tetap di hati saya...
walaupun awk bukan yg pertama tp awak yg terakhir dlm hidup saya yg..

namun
walau selaut sayang sy pd awk...
walau segunung rindu sy pd kenangan bersama awk
walau seteguh mana cinta saya pd awk
ianya xdapat menolak qada' n qadar ALLAH..

saya percaya janji ALLAH itu pasti.
saya percaya apa yg berlaku hari ni ada hikmah disebaliknya
saya percaya allah akan anugerahkan kebahgiaan,kesenangan lebih dr apa yg sy ada skrang.


~~k0nv0~~

alhamdulillah setelah berhempas pulas 3 tahun di perlis  akhirnya "degree biomedical electronic engineering" milik aku.konvokesyen berlangsung 7/8/2010 di dewan 2020 kangar perlis.thank to my beloved family jauh2 dtg meraikan konvokesyen aku.pasni tah bila plak nk p perlis..
perlis yg penuh dgn kenangan pahit & manis...terima kasih tdk t'hingga kpd semua lecturer, plv and kengkawan sume.

setapak demi setapak kita mengatur langkah...dulu2 perabih duit mak bapak+loan, skang rasekan la betapa susahnye nk cr duit...harap2 keputusan aku meninggalkan  dunia celcom adalah tepat.dunia biomedic mmg aku idamkan sejak dr tecit walaupn aku takut darah tp semuanya bukan halangan...heheh

mak abah nk kakcik jd engineer kn??insyaallah...harapan mak abah kan k.cik kotakan, kebahagiaan mak abah tanggugjawab k.cik.mak abah doakan kejayaan k.cik dunia n akhirat. lebiu both of u muahhh

maRhaBaN ya RamaDhaN



salam ramadhan kepada semua umat islam..semoga ramadhan kali ini memberi keberkatan dlm kehidupan.
pejam celik now dah 9 ramadhan..begitu cepat masa berlalu, so berapa byk amalan kita??sedekah kita?? wallahualam...

tahun2 sebelum ni aku sambut ramadhan d perlis tp thn ni aku sambut di kl, niat nk berpuasa sbln dgn family kat kg xjugak kesampaian.sedeh sgt2...sbb bila dok jauh kn berdikari.walaupn aku dh lali dgn keadaan sebegini tp thn ni 1000x sedeh b'banding thn2 sblm...

rupanya kehidupan bekerja xseindah yg aku sangkakan...uhuk2.
indahnya ramadhan xsama dgn bln2 yg lain...bln pnh kesabaran bg aku.semoga amalan aku diterima ilahi.