Friday, December 30, 2011

A day before Christmas.




Theme : caca marba
Venue : chili’s Citta Mall
Date : 23th Dec 2011

Zasssss…….

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
 .
.


RPW - Hulu Langat

aktvt pd chrismas br2 ni d hulu langat sgt la menyeronokkan..mean aktiviti penutup utk prudential wealth planner. 2011. sume wealth planner kn bg target sales for next year (2012). aku pn xkalah jugak...2011 permulaan yg sgt baik prudential reward dgn ticket ke BANGKOK selama 3D 2N. ok la kan, kalo gn duit sendirik nampaknye lmbt sikit la nk kesana.

so for 2012 aku target "STARCLUB" insyaallah...so blh jejalan tgk negara org lg. for those yg nk jejalan same meh la, tp sendiri bayar.. :)





~Sekian~


Saturday, December 17, 2011

times square & hentian duta

after agency meeting dekat damansara pagi td aku trs blah p KLCC pick up somebody..bawak si navy ni p melantak dulu pastu we proceed to Low yat,sungei wang, times square & duta. bukan nk cite kehepian aku jumpa navy ni setelah sekian lm xjumpa tp nk cite pasal hati n perasaan aku yg mcm cibai ni...

alkisahnya begini..almost setahun setengah aku xkuar tgk wayang kt time square n p hentian duta, sebabnya 2 tpt ni sgt berpuaka bg aku, setelah sekian lama x kesana tiba2 td aku wat keputusan nk p tgk wayang kt time square...sesampai jek kt sn aku trs naik level 3, n terus beratur nk beli tiket lantas si navy tu berkali2 tny aku nk tgk cita apa ni wok,aku diam kelu lidah tuk berkata2..aku btau die beli je cite pape pn,

tikiet dh beli tp, cilakak!! ingatan aku terus mengimbas kembali kisah 2,3 thn lepas...makkkkkkkkkkkkkkk tolongggggg sy tingat kan Azam,lillahi aku tingt dia...menangis 2,3 titik kemudian pujuk hati ni sendiri dgn istighfar kpd allah & doakan yg t'baik sahaja utk dia, sesungguhnya.ALLAH lbh mengetahui sgl2nya.

org lain layan movie dgn penuh istiqomah tp aku masuk dlm tu layan perasaan plak...kuar  dr cinema,navy tu ajak jln2 cr barang dlm time square tu tp aku ckp aku nk blah dr sini...dalm hati navy tu mst ckp aku gila!.

aku soh navy tu balik lumut mlm ni jugak...aku xde feeling nk layan die borak lm2,asal tgk muka navy tu aku tingat azam...asal ckp dgn navy aku ttp tingat azam...kalo dia ckp aku gila pn mmg betol.si navy tu xmembantah,,,die pn terus mintak aku hantar die kt pudu,sekali lg aku buat keputusan gila utk tidak menghantar si navy tu di pudu tp aku hantar die d hentian duta...sesampai d dutahujan plak dah, dlm sibuk dok cr paking xjmp2 aku soh si navy tu trn dl p beli tiket then aku dok dlm keta...sekali lg bl tgk tmpt berpuaka tu air mata mengalir lajuuu..tp cover2 gak takut kantoi dgn org lain.

geram pny pasal, aku tampo2 muke ni...n tny bakpe mu jd gini jugha??mu tahu dop azam leni dh cukup bahagie?mu xtahu malu ke jugha??mu nangis air mate daroh sekalipn azam bukan hak mu dh.mu ingak azam tu kacak?mu dop leh wak gini jugha...mu xingt ke waktu die nk blah dlm hdp mu dl??

lm jugak dok dalam keta,kesat air mata...sekali lg aku tekad utk tdk sm sekali mengingati Tuan Muhamad Azam.doaku semoga die baik2 saja. ..sekiannn

Sunday, November 20, 2011

Perbezaan Insurans,takaful pelaburan,simpanan & perlindungan

Beliau keliru apabila saya menerangkan fungsi-fungsi instrumen pengurusan kewangan; simpanan, pelaburan dan perlindungan. Dahinya berkerut menandakan sedang berfikir.
pengurusan kewangan
Saya diam sejenak, membiarkan beliau berfikir sendiri.

Pelaburan, Simpanan dan Perlindungan Adalah Berbeza

“Pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham unit. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri”, kata saya menjelaskan lagi apa yang diterangkan di awal pertemuan tadi.
“Tapi Afyan, tempoh hari saya berjumpa dengan seorang perunding kewangan yang mengatakan produknya adalah kombinasi semua perkara yang disebutkan tadi. Ia mengandungi simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans”, kata beliau.
Saya tersenyum, mengenangkan ceritanya yang saya sudah agak pengakhirannya.
“Apa lagi yang diceritakan?” tanya saya.
“Perunding kewangan berkenaan menerangkan produknya merupakan keluaran sebuah institusi kewangan yang hebat dan  mengatakan produknya adalah produk pelaburan dan percuma insurans. Dengan hanya RM500 sebulan, saya boleh malabur dengan keuntungan 10% setahun dan mendapat isnsurans diri, kesihatan dan kemalangan sebanyak RM500,000”, kata beliau dengan teruja.
Saya tersenyum kerana apa yang saya fikirkan sama seperti yang diceritakan, sambil bertanya“Jadi encik pun melanggan produk berkenaan?”.
“Ya sudah tentu! Kerana ia lebih baik daripada Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful, sebagaimana yang diceritakan”, kata beliau lagi.
kisah pisau parang
“Encik pernah gunakan pisau, parang dan kapak?”, tanya saya.
“Err… Tidak… Eh, pernah. Eh, apa pula ini?”, beliau menjadi keliru apabila topik pengurusan kewangan bertukar ke topik peralatan memotong pula.

Analogi Pisau, Parang dan Kapak

Dalam pengurusan kewangan peribadi, ada pelbagai “peralatan” seperti simpanan, pelaburan, takaful, wasiat, pusaka dan lain-lain lagi. Setiap satu mempunyai kegunaan dan fungsi masing-masing.
Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasandan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.
Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:
  • Jangka pendek,
  • Jangka sederhana, dan
  • Jangka panjang.
Fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, dan duit hilang.
Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.
Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.
Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.
insurans ketika kecemasan
Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, saya selalu gunakan analogi pisau, parang dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.
“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, parang atau kapak?”, tanya saya.
“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.
 “Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.
“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.
“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.
Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.
“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.
Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.
Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; parang.
menebang sayur dengan kapak
Pisau untuk memotong sayur.
Parang untuk menebas lalang.
Kapak untuk menebang pokok.
Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.
Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.
Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.
Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.
Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.
Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.

TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan , tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau  melabur di Tabung Haji.
Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.

Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.
Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.
Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.
Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.
Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.
Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.
Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.
insurans kemalangan
Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.
Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.
Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.
Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.
Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.
Hasilnya; pokok tidak tumbang, manakala pisau pula semakin tumpul. Oh, saya terlupa hendak membuat analogi parang untuk menebas lalang.

Sunday, October 23, 2011

TAKAFULINK CERDIK




prudential_bsn_takafulink_cerdik
Sediakan Pendidikan Sewajarnya untuk Anak Anda

Pendidikan yang kukuh adalah hadiah paling berharga yang boleh anda berikan kepada anak anda. Namun, kos pendidikan di universiti yang semakin meningkat dan perjalanan hidup yang tidak dapat dijangka menyebabkan kita harus menyediakan peruntukan untuk memastikan pendidikan anak-anak anda tidak terjejas. Apabila anda memilih Takafulink Cerdik, anda pasti yakin bahawa anda telah pun memberikan hadiah yang amat bermakna di dalam hidup anak anda. Tiada pelan lain yang selengkap atau semudah Takafulink Cerdik. Itulah yang menjadikan pelan ini suatu pelan yang tepat untuk anda dan anak anda.

Bagaimanakah Plan Takafulink Cerdik Berfungsi Untuk Anak-anak kesayangan anda?

Lindungi Pendidikan dan Kesejahteraan Masa Depan Anak Anda
Pelan Takafulink Cerdik adalah pelan sumbangan tetap berkaitan pelaburan yang akan matang apabila anak anda mencapai usia 25 tahun. Pelan ini bukan sekadar memberi perlindungan untuk pendidikan dan kesejahteraan hidup anak anda, ia juga memenuhi keperluan anda dan anak anda yang sentiasa berubah mengikut masa.

Kini anda boleh memberi dua pemberian yang tidak ternilai untuk anak anda, pendidikan dan perlindungan – dalam satu pelan kombinasi inovatif yang unik.

Pelan yang lebih fleksibel 

Pelbagaikan amaun perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa menjejaskan sumbangan anda.

Tingkatkan liputan Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang upaya dan manfaat tambahan yang lain.

Wujudkan satu dana pendidikan yang mantap untuk anak anda dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.

Anda boleh menukar pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM1,000.

Anda boleh mengeluarkan wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran yang minimum adalah RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah sekurang-kurangnya RM1,000.

Siapakah yang boleh menyertai pelan takafulink cerdik ini?

Sesiapa yang mempunyai anak yang berusia diantara 2 minggu hingga 15 tahun boleh mendapatkan pelan ini. Ibubapa adalah pemilik sijil dan mereka akan memadankan pelan yang sesuai untuk manfaat anak-anak mereka.Sumbangan minima untuk takaful cerdik adalah bermula dari RM 50.00 sebulan

Lebihan pengunderaitan & dan perkonsi keuntungan antara syarikat dan pemegang polisi.
Setiap peserta layak menerima 70% daripada lebihan pengunderaitan dari Dana Tabarru’, sekiranya ada, manakala baki 30% akan diperuntukkan sebagai Rizab Luar Jangkaan di dalam Dana Tabarru’ tersebut. Lebihan pengunderaitan ini akan diagihkan kepada para peserta dengan mengkreditkannya ke dalam ISA dan melalui pembelian unit tambahan di dalam PUA. Keuntungan pelaburan akan dikongsi di antara para peserta dan Pengendali Takaful pada kadar 70:30.
manfaat_takafulink_cerdik

manfaat_opsyen_takaful_cerdik1a

manfaat_takafulink_cerdik2

dana_takafulink_cerdik

PRODUK TAKAFULINK




prudential_bsn_takafulink

protection_medical_card_saving




Manfaat Dalam Plan Takafulink


Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu :
Pertama - Participant Unit Account (PUA) (Rujuk Manfaat 1 & 2)Kedua - Individual Special Account (ISA) (Rujuk Manfaat 3 & 15)Ketiga - Investment Unit Account (IUA) (Rujuk Manfaat 16 sahaja)Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.




1- Manfaat Asas (Basic Sum Covered) i.e Kematian   atau Lumpuh Kekal Keseluruhan


Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.


Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal menyeluru disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.


Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan "disability provider" sekiranya rider ini diambil.



2- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)


Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.

Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan


Selepas di diagnos mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh Prudential BSN Takaful sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh .


Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi


Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.


Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati dan menggunakan semua manfaat yang masih ada.

 
3- Compassionate Benefit (Khairat Kematian)

Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.

4- Crisis Cover Plus (CCP)

Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disability (TPD)

Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.


Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no. 1)



5- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)

Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.

Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.



6- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)

Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).

Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)


Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)


Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.



7- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.

Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.

Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.



8- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)

Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)

1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).



9- Kad Perubatan Takaful Health

 
Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel Prudential BSN Takaful seluruh Malaysia.

Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.



10- Annual Limit Waiver
 

Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup. Akan tetapi, hanya Plan TH 200, TH 300 dan TH 400 sahaja yang boleh kita letakkan manfaat ini.
Sebagai contoh, plan TH 200 had tahunan RM 75,000 dan had seumur hidup RM 750,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 75,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 75,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 75,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 75,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 750,000.


Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 75,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).


Untuk yang lebihan daripada 75,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum. Contoh, kalau bil hospital 100,000. 75,000 pertama co-takaful 10% max 1,000. So, client kena bayar RM 1,000, Prudential BSN Takaful bayar RM 74,000. Untuk bil selebihnya RM 25,000 (i.e 100K - 75K = 25K)...10% daripada RM 25,000, i.e RM 2,500 client kena bayar, dan RM 22,500 PruBSN akan bayar. Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 2,500= RM 3,500)...PruBSN bayar (RM 74,000 + RM 22,500 = RM 96,500)....masih lagi mampu jika dibanding dengan apa yang Prudential BSN Takaful bayarkan. Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit. I.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.



11- Medical Cover

Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.

Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-12)

Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU

Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)

Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.

1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)

Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.

12- Elaun Hospital (Hospital Benefit)

Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.

Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.

Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 11, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.

Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.

Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.

Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)



13- Elaun Lumpuh (Disability Provider)

Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.

Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.



14- Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus

Boleh rujuk bahagian takaful puteri



15- Premium Percuma (Contributor Benefit)

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

Sedikit penerangan ringkas seperti di bawah

Contributor
Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.

Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.

Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah sijil takaful ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. Kira dapat simpan percuma laa....

Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita.



Parent Contributor

Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah. 

Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.

Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"



Spouse Contributor

Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan. 
Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.

Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi 




PERCUMA.
Takaful Saver Contributor
Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.

Sebagai contoh, kalau client amik plan RM 250 (RM 200 basic dan RM 50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM 250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN.

Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.

Takaful Saver Parent ContributorSama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.



16- Pulangan Pelaburan

Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun.

Syarat pengeluaran adalah seperti berikut :

Untuk Akaun PUA (Participant Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan baki perlu ditinggalkan dalam akaun adalah RM 1,000.

Untuk Akaun IUA (Investment Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan tiada syarat baki minimum yang perlu ditinggalkan dalam akaun. Akan tetapi sekiranya baki nilai tunai dalam akaun IUA kurang dari RM 500, client perlu membuat pengeluaran semua sekali duit yang ada dalam akaun IUA.

Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.

Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

Tips beli Insurans

Ramai yang tertanya-tanya macamana nak pilih company yang betul, produk yang betul, agent yang betul, budget yang betul dan banyak lagi persoalan lain semasa nak beli insurans

Tips No 1 : Company Insurans Yang Betul


Mudah sahaja, bila kita beli insurans tentulah kita nak cari company yang betul, caranya mudah pergi ke hospital tanya pada kaunter "kalau saya nak beli insurans company apa yang saya patut pilih", keperluan memilih company yang betul, sudah tentulah company yang akan membayar tuntutan anda dan company yang stabil dan kukuh dari segi kewangan. Pilihan yang betul juga penting kerana, jikalau company yang anda pilih bankrupt dan anda perlu ambik insurans sekali lagi, sekiranya ada sudah ada penyakit....sorry,company lain takkan layan. Untuk maklumat anda setiap company insurans akan mengenakan "admin charge" dan biasanya selepas tahun keenam akan habis. Rugilah anda terpaksa bermula sekali lagi dengan company lain, jadi "admin charge" jadi double.

"kalau nak tahu Prudential vs Others bleh call saya takleh share kat sini...rahsia...by appoinment only....biasanya kalau jumpa saya mesti ambik Prudential - we are number one" 


Tips No 2 : Produk Yang Betul

Sekiranya anda memilih produk pilihlah produk yang memberikan tempoh perlindungan maksimum, kenapa? sebab purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75, jadi pilihlah produk yang memberi perlindungan guarantee sehingga 80 tahun (Prudential BSN Takaful - Takafulink) dan 100 tahun (Prudential Assurance Malaysia Berhad - Prulink One). Sekiranya anda pilih produk yang maksimum tempoh perlindungan maka anda ada option untuk untuk berhenti pada bila-bila masa sekiranya anda mahu. Sekiranya anda ambil produk yang ada tempoh matang contohnya pada umur 55, selepas umur 55 polisi anda matang, anda kena ambil plan baru sekiranya anda inginkan perlindungan baru. Ingat....

1) Kita tak pasti ada kencing manis darah tinggi.
2) Admin chargers tahun bertama hingga tahun keenam kena sekali lagi.
3) Umur 55 hingga 75 "maintenance tinggi" premium mahal...

Term Insurans @ Full Life Isurans

Biasanya saya cadangkan anda ambil Full Life Insurans dahulu baru ambil tambahan plan term life insurans, kenapa? Sebab kalau anda ambik term insurans macam sign contract dengan pensel boleh padam bila-bila sebab tempoh perlindungan akan expired dan tiada guarantee extension tetapi kalau full life insurans contract anda macam sign dengan pen, ia akan berada di sana ketika anda perlukan sekiranya bayaran premium anda cantekkkkk.

Tips No 3 : Budget Yang Betul



premium_medical_card_rev1




Bagi saya budget adalah penting kita mampu dan yang di antara 5% - 10% daripada pendapatan anda. The best polisi bukannya polisi yang mahal anda bayar 3 bulan lepas tu tak nak bayar sebab premium terlampau besar, polisi yang kecil pun takpa premuimnya janji bila anda perlukan anda boleh guna manfaat daripada plan yang anda beli. Hubungi saya untuk maklumat lanjut, jangan risau tiada paksaan untuk ambil. Tugas saya menerangkan kepada anda dan tugas anda untuk buat analisis dan buat keputusan samaada untuk ambil atau tidak.