Saturday, February 18, 2012

S@ma Tapi tak Serupa..

i like the way he talk...
bile bercakap dgn "I", rase mcm bercakap dgn "A"
bile he called "yang" terus tingat "A"...
bile kuar dinner dgn "I" hotak masih tingat "A"
hotak ligat mentafsir..
character si "I" ni samela dgn Si "A"...

Arghhhhhhh...
sy takut dgn bayang-bayang "A".
lalu sy tampa pipi  kiri kanan n instighfar byk2
sy pesan n semat dlm hati...."A" dh takde dlm hidup sy,
walau sy takde "A" tp sy ade "I"

bile sy dok dendiam...sy terfikir
Allah amik "A" yg penah sy syg dl
kini Allah ganti balik dgn "I"
btl ape yg kawan2 sy kate...
percayalah janji Allah itu pasti.


~~sekian~~

Sunday, January 15, 2012

Sujud




24 jam 7 hr seminggu bekerja 
schedule full dgn appointment
mcm2 jns client aku jmp...
sgt hargai mereka semua,walau di maki atau di kasihi

jiwa kosong...
walau telefon d telinga & mulut terkumat kamit menyusun kata,
jiwa kosong..
walau di kelilingi ank buah & rakan2
jiwa kosong...
walau ketawa berdekah2
jiwa masih kosong...
walau duit abis bershopping xtentu arah

penyelesaiannya hanya

padamu ya allah ku bersujud...
padamu ya allah ku berdoa
padamu juga ku mohon keampunan..

titisan air mata mengisi kekosongan jiwa
titisan air mata pengubat duka
titisan air mata penghapus dosa.










Sunday, January 1, 2012

2012

2011 tlh melabuhkn tirainya..alhamdulillah masih mampu melihat,berkata-kata, tersenyu dan menikmati segala ciptaan yg ESA.namun, masih belum sempurna...banyak lagi yg perlu di pertingkatkan, ayat inilah yg dok bermain di fikiran aku.so cemana dengan azam tahun lepas??terlaksana ke semuanya??jawapannya...syukur yg teramat sangat, walaupn bukan 100% terlaksana namun rezeki dr yg esa tidak ternilai harganya..

wish list for 2012 :

1) tahajjud & dhuha akan dilaksanakan sebaik mungkin
2) kawen - (carry forward last year pny wish list ni)
3) Beli rumah
4) "STARCLUB"
5) Umrah

Friday, December 30, 2011

A day before Christmas.




Theme : caca marba
Venue : chili’s Citta Mall
Date : 23th Dec 2011

Zasssss…….

.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
 .
.


RPW - Hulu Langat

aktvt pd chrismas br2 ni d hulu langat sgt la menyeronokkan..mean aktiviti penutup utk prudential wealth planner. 2011. sume wealth planner kn bg target sales for next year (2012). aku pn xkalah jugak...2011 permulaan yg sgt baik prudential reward dgn ticket ke BANGKOK selama 3D 2N. ok la kan, kalo gn duit sendirik nampaknye lmbt sikit la nk kesana.

so for 2012 aku target "STARCLUB" insyaallah...so blh jejalan tgk negara org lg. for those yg nk jejalan same meh la, tp sendiri bayar.. :)





~Sekian~


Saturday, December 17, 2011

times square & hentian duta

after agency meeting dekat damansara pagi td aku trs blah p KLCC pick up somebody..bawak si navy ni p melantak dulu pastu we proceed to Low yat,sungei wang, times square & duta. bukan nk cite kehepian aku jumpa navy ni setelah sekian lm xjumpa tp nk cite pasal hati n perasaan aku yg mcm cibai ni...

alkisahnya begini..almost setahun setengah aku xkuar tgk wayang kt time square n p hentian duta, sebabnya 2 tpt ni sgt berpuaka bg aku, setelah sekian lama x kesana tiba2 td aku wat keputusan nk p tgk wayang kt time square...sesampai jek kt sn aku trs naik level 3, n terus beratur nk beli tiket lantas si navy tu berkali2 tny aku nk tgk cita apa ni wok,aku diam kelu lidah tuk berkata2..aku btau die beli je cite pape pn,

tikiet dh beli tp, cilakak!! ingatan aku terus mengimbas kembali kisah 2,3 thn lepas...makkkkkkkkkkkkkkk tolongggggg sy tingat kan Azam,lillahi aku tingt dia...menangis 2,3 titik kemudian pujuk hati ni sendiri dgn istighfar kpd allah & doakan yg t'baik sahaja utk dia, sesungguhnya.ALLAH lbh mengetahui sgl2nya.

org lain layan movie dgn penuh istiqomah tp aku masuk dlm tu layan perasaan plak...kuar  dr cinema,navy tu ajak jln2 cr barang dlm time square tu tp aku ckp aku nk blah dr sini...dalm hati navy tu mst ckp aku gila!.

aku soh navy tu balik lumut mlm ni jugak...aku xde feeling nk layan die borak lm2,asal tgk muka navy tu aku tingat azam...asal ckp dgn navy aku ttp tingat azam...kalo dia ckp aku gila pn mmg betol.si navy tu xmembantah,,,die pn terus mintak aku hantar die kt pudu,sekali lg aku buat keputusan gila utk tidak menghantar si navy tu di pudu tp aku hantar die d hentian duta...sesampai d dutahujan plak dah, dlm sibuk dok cr paking xjmp2 aku soh si navy tu trn dl p beli tiket then aku dok dlm keta...sekali lg bl tgk tmpt berpuaka tu air mata mengalir lajuuu..tp cover2 gak takut kantoi dgn org lain.

geram pny pasal, aku tampo2 muke ni...n tny bakpe mu jd gini jugha??mu tahu dop azam leni dh cukup bahagie?mu xtahu malu ke jugha??mu nangis air mate daroh sekalipn azam bukan hak mu dh.mu ingak azam tu kacak?mu dop leh wak gini jugha...mu xingt ke waktu die nk blah dlm hdp mu dl??

lm jugak dok dalam keta,kesat air mata...sekali lg aku tekad utk tdk sm sekali mengingati Tuan Muhamad Azam.doaku semoga die baik2 saja. ..sekiannn

Sunday, November 20, 2011

Perbezaan Insurans,takaful pelaburan,simpanan & perlindungan

Beliau keliru apabila saya menerangkan fungsi-fungsi instrumen pengurusan kewangan; simpanan, pelaburan dan perlindungan. Dahinya berkerut menandakan sedang berfikir.
pengurusan kewangan
Saya diam sejenak, membiarkan beliau berfikir sendiri.

Pelaburan, Simpanan dan Perlindungan Adalah Berbeza

“Pelaburan, simpanan dan perlindungan berbeza antara satu sama lain. Takaful untuk perlindungan, manakala akaun bank untuk simpanan dan saham unit. Setiap satu mempunyai fungsi dan peranan tersendiri”, kata saya menjelaskan lagi apa yang diterangkan di awal pertemuan tadi.
“Tapi Afyan, tempoh hari saya berjumpa dengan seorang perunding kewangan yang mengatakan produknya adalah kombinasi semua perkara yang disebutkan tadi. Ia mengandungi simpanan, pelaburan dan perlindungan insurans”, kata beliau.
Saya tersenyum, mengenangkan ceritanya yang saya sudah agak pengakhirannya.
“Apa lagi yang diceritakan?” tanya saya.
“Perunding kewangan berkenaan menerangkan produknya merupakan keluaran sebuah institusi kewangan yang hebat dan  mengatakan produknya adalah produk pelaburan dan percuma insurans. Dengan hanya RM500 sebulan, saya boleh malabur dengan keuntungan 10% setahun dan mendapat isnsurans diri, kesihatan dan kemalangan sebanyak RM500,000”, kata beliau dengan teruja.
Saya tersenyum kerana apa yang saya fikirkan sama seperti yang diceritakan, sambil bertanya“Jadi encik pun melanggan produk berkenaan?”.
“Ya sudah tentu! Kerana ia lebih baik daripada Tabung Haji, ASB, insurans dan takaful, sebagaimana yang diceritakan”, kata beliau lagi.
kisah pisau parang
“Encik pernah gunakan pisau, parang dan kapak?”, tanya saya.
“Err… Tidak… Eh, pernah. Eh, apa pula ini?”, beliau menjadi keliru apabila topik pengurusan kewangan bertukar ke topik peralatan memotong pula.

Analogi Pisau, Parang dan Kapak

Dalam pengurusan kewangan peribadi, ada pelbagai “peralatan” seperti simpanan, pelaburan, takaful, wasiat, pusaka dan lain-lain lagi. Setiap satu mempunyai kegunaan dan fungsi masing-masing.
Sebagai contoh, takaful adalah untuk persediaan bagi menghadapi saat-saat kecemasandan musibah seperti masuk hospital, sakit kritikal, lumpuh dan kematian.
Fungsi simpanan pula terbahagi kepada tiga iaitu:
  • Jangka pendek,
  • Jangka sederhana, dan
  • Jangka panjang.
Fungsi simpanan jangka pendek adalah untuk memperuntukkan sebahagian wang untuk masa-masa kecemasan yang tidak dilindungi takaful seperti paip bocor, kereta rosak, dan duit hilang.
Fungsi simpanan jangka masa sederhana pula adalah seperti perancangan percutian dan pembelian perabot.
Fungsi jangka masa panjang pula adalah seperti pendidikan anak-anak, persaraan, dan pembelian rumah.
Fungsi pelaburan pula adalah untuk menggandakan wang simpanan yang ada. Fungsi perancangan pusaka adalah untuk memastikan ahli-ahli waris mudah mendapat pembahagian harta masing-masing selepas berlaku kematian.
insurans ketika kecemasan
Masing-masing mempunyai fungsi dan matlamat yang tersendiri.
Sebagai seorang perunding kewangan dan takaful, saya selalu gunakan analogi pisau, parang dan kapak apabila membuat perbandingan instrumen-instrumen kewangan takaful, simpanan, pelaburan, dan sebagainya.
“Encik, andaikan encik sekarang ingin memotong sayur, yang mana akan encik gunakan; pisau, parang atau kapak?”, tanya saya.
“Sudah tentulah pisau untuk memotong!”, dia tidak memerlukan masa yang lama untuk menjawab soalan saya.
 “Apa pula yang kita gunakan untuk menebang pokok?”, soal saya lagi.
“Hmm… gergaji… atau kapak”, sedikit teragak-agak jawapannya kali ini. Mungkin tidak pernah menebang pokok. Seperti saya.
“Apa akan jadi sekiranya kita gunakan kapak untuk memotong sayur?”, tanya saya.
Dia mengerutkan dahi. Berfikir barangkali.
“Apa pula akan jadi jika kita gunakan pisau untuk menebang pokok?”, tanya saya tanpa menunggu jawapan daripada soalan terdahulu.
Dia masih mengerutkan dahi. Masih berfikir barangkali.
Saya tidak perlukan membuat persoalan tentang parang yang masih belum digunakan. Sepatutnya saya akan bertanya “Apakah yang akan digunakan untuk menebas lalang?”, dan jawapannya adalah; parang.
menebang sayur dengan kapak
Pisau untuk memotong sayur.
Parang untuk menebas lalang.
Kapak untuk menebang pokok.
Setiap peralatan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.
Ya, kita masih boleh “menebang” sayur menggunakan kapak, dan masih boleh “memotong” pokok menggunakan pisau, tetapi hasilnya tentu tidak memuaskan.
Sayur yang “ditebang” menggunakan kapak tentu akan porak-peranda hasil potongannya, dan tentu sukar sekali melakukannya, walaupun hasil potongan itu masih boleh dimakan.
Begitu juga apabila pokok “dipotong” menggunakan pisau pemotong sayur, tentu memakan masa yang lama untuk “memotongnya”.
Rasanya hanya dua keadaan sahaja orang akan menggunakan kapak untuk “menebang” sayur, dan pisau untuk “memotong” pokok.
Pertama: tiada pilihan peralatan lain yang ada.
Kedua: orang gila.

TAKAFUL – Peralatan Kewangan yang Sering Disalah Faham

Begitu juga halnya dengan takaful. Memang benar, kita boleh menggunakan takaful sebagai peralatan untuk simpanan dan pelaburan , tetapi hasilnya sudah tentu berbeza apabila kita menyimpan di dalam bank atau  melabur di Tabung Haji.
Apabila kita menyimpan wang di dalam bank, beberapa bulan selepas itu kita boleh mengeluarkan jumlah yang sama sebagaimana yang kita simpan. Apabila kita menyimpan RM100 sebulan ke dalam bank, kita akan mendapat RM1,200 selepas setahun kita menyimpan. Mungkin dengan sedikit keuntungan.

Ini tidak berlaku apabila kita menyimpan dalam takaful. Wang sumbangan untuk setiap polisi takaful, hanya sebahagian kecil yang masuk ke dalam akaun simpanan. Apabila kita membayar RM100 sebulan untuk polisi takaful, kita tidak akan dapat mengeluarkan RM1,200 selepas setahun menyertai skim ini.
Seperti kapak dan pisau tadi, hasilnya mengecewakan apabila kita mengharapkan simpanan daripada polisi takaful yang kita ambil.
Apabila menyertai skim takaful dengan bayaran RM 100 sebulan, sekiranya berlaku musibah dalam tempoh tersebut, kita bukan sahaja mendapat RM1,200. Malah berpuluh kali ganda dan mungkin mencecah seratus kali ganda daripada wang simpanan kita.
Inilah yang membezakan takaful dengan peralatan-peralatan kewangan yang lain. Sebagaimana pisau dan kapak berbeza. Berbeza dari segi fungsi, kegunaan, dan matlamat.
Betul, takaful juga boleh diguna sebagai simpanan, sebagaimana pisau boleh diguna untuk menebang pokok. Namun, ia akan memakan masa yang lama sehingga sekurang-kurangnya 10 ke 20 tahun. Itupun bergantung kepada produk takaful yang anda sertai.
Hanya produk takaful berserta simpanan yang mempunyai simpanan. Simpanan untuk jangka masa yang lama.
Sebagaimana pisau tadi hanya mampu menebang pokok selepas memakan masa yang lama. Oh, ini andaian saya sahaja kerana saya sendiri belum pernah lagi cuba untuk menebang pokok menggunakan pisau kerana saya masih waras.
insurans kemalangan
Di sini peranan wakil-wakil takaful. Untuk memberi pengetahuan kepada masyarakat tentang fungsi takaful. Takaful sebagai alat untuk persediaan menghadapi masa-masa getir seperti kematian, lumpuh, sakit, dimasukkan ke hospital, kemalangan dan sebagainya.
Apalah sangat RM100 – RM200 sebulan jika hendak dibandingkan dengan pampasan takaful yang nilainya yang boleh mencecah RM100, 000 ke RM200,000.
Ini kadang-kadang disalah faham di kalangan masyarakat dan disalah guna oleh segelintir wakil takaful atau ejen insurans.
Apabila bertemu dengan prospek, ditekankan soal kelebihan simpanan apabila mempromosikan takaful berbanding menceritakan kelebihan perlindungan yang menjadi fungsi utamanya. Ini akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari apabila pelanggan mengambil polisi takaful dengan harapan untuk menyimpan.
Ia akan timbul masalah apabila selepas beberapa bulan, atau beberapa tahun pelanggan ingin mengeluarkan wang simpanan takafulnya. Selepas itu, baru mereka sedar bahawa selama ini mereka menggunakan pisau untuk menebang pokok.
Hasilnya; pokok tidak tumbang, manakala pisau pula semakin tumpul. Oh, saya terlupa hendak membuat analogi parang untuk menebas lalang.