Friday, December 31, 2010

sayonara 2010


april - bersengkang mata utk final year pr0ject presentation
may - final exam
june - topup course
july - break
august -  GRADUATION
Oct - keje 

break after 4years c0uple...subhanaallah,ALLAH lebih mengetahui ape yg terbaik utk hambanya.
tq TUAN MUHAMAD AZAM TUAN YAAKUB

Grad after 3 years bersusah payah mengejar segulung ijazah 'Biomedical Engineering'

keja

keta

alhamdulillah..aku bahagia 

2010 penuh suka & duka..thank ALLAH aku berjaya harungi semuanya
....
....
....
....
....
....
....
....
....



welc0me 2011...



Saturday, December 18, 2010

just nak share dgn u all sume...
bukan riak tau...ni la tanda syukur yg xterhingga kpd mu ya allah.




inilah cik putih kesayangan aku...~~ccs~~




nak garmin je sebenarnye..sbb tu rembat C6, kalo ade sesape nk sedekah blackberry d alu2kan yek...:)

p/s: sem0ga rezeki bertambah lagi...wink

tonsilitis

baru je 2 mgu lps accident kena langga keta pastu this week tonsilitis plak..kaki yg kn langgar xok lg penyakit lain plak dpt.betul2 ujian yg sgt hebat.cpT2 La Baik tEKak Oii..kaLo sEtakat tEkAk Je SakIt xmElarAt Ke Kepala xpa gaK..Ni melarAT tu yG aku xtHn...BiLa skiT mood nk BekErJa pn down.MC sokmo2 KanG dpt nOtIcE 24jaM soh BlaH aku gAk yg ssh..huTanG KelILinG PinGGaNG ni.adeihhhh..byk la b'sabar.

Sunday, November 28, 2010

~~sYukuR~~







bersawang sudaa blog aku nih...lama gile x update pape entry,just drop by bace entry kengkawan je.
bila la agaknye nk rajin mcm bloger2 lain,every moment post new entry..hihi.
xselalu pn xpe..sbb xde sesape pn yg nk bace hsl nukilan aku ni (s0b..s0b..s0b)


pahit,manis perjalanan 2010 hampir melabuh tirai...2011 is c0ming up.pejam celik pejam celik dh masuk 3 bulan aku bekerja.macam2 feel bila b'status pekerja ni.s0metime stress...s0metime hepi. walau apepn yg aku rase...hidup+makan+tido+kerja=lalalalalala mesti d teruskan.


pengalaman byk mendewasakn diri....ape yg berlaku sebelum ni adelah guru t'baik utk aku trs belaja mengenali n m'perbaiki erti hidup ini.yg manis kan ku kenang selamanya dan yg pahit nk ku buang jauh2.alhamdulillah...wish list 2010 80% menjadi realiti.berkat usaha dan doa ape yg aku impikan allah kabulkan...bila bc balik ayat yg aku post kt FB baru2 ni sepatutnya aku perlu b'syukur n berterima kasih sbb allah bg segala2nya walau aku xmintak.

‎"I asked Allah for strength & Allah gave me difficulties to make me strong, I asked Allah for wisdom & Allah gave me problems to solve, I asked Allah for courage & Allah gave me obstacles to overcome, I asked Allah for love & Allah gave me troubled people to help, I asked Allah for favours & Allah gave me opportunities.... Maybe I recieved nothing I wanted, but I received everything I needed." Alhamdulillah :)








tgu next entry...byk lg yg nk aku share,entry kali ni kire mukadimah la..hheehhehe

Monday, September 6, 2010

last week puasa



pejam celik pejam celik dh penghujung ramadhan pn...kalau org lain sibuk dgn persiapan raya,aku plak???xde pape persiapan pn utk raya thn ni...mgkn sbb hati xhepi mcm thn2 sblum :(
tp bila fikir2 balik,aku je sibuk nk sedih2 yg babun tu hepi jek wat natam apo gitu..

esok 7/9 last keje...pastu cuti xsaba nk balik kg pasang langsir baru yg aku beli n disamping set furniture baru..wallah.see..persiapan diri sdr xde,tp persiapan utk cantikkan umah memang ngetop.

untuk azam aka mr.babun...wat u give u get back.selagi aku xhalalkn segala makan minum n dose ko kt aku selagi tu ko kn berhutang.

untuk kengkawan sume...salam aidilfitri semoga aidilfitri tahun ni membawa 1001 keberkatan hidup.Maaf zahir dan bati.

Friday, August 27, 2010

bila diri di uji...


Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:




Dan Kami tidak mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang yang tentu makan minum dan berjalan di pasar-pasar, dan Kami jadikan sebahagian dari kamu sebagai ujian dan cubaan bagi sebahagian yang lain, supaya ternyata adakah kamu dapat bersabar (menghadapi ujian itu)? Dan (ingatlah) adalah Tuhanmu sentiasa Melihat (akan keadaan makhluk-makhlukNya).









Untuk insan yang diuji, sedang ramai teman-temanmu yang lalai diuji dengan kesenangan dan kekayaan mereka, tetapi engkau diuji dengan derita dan kesengsaraan. Sedarkah engkau wahai insan terpilih, engkaulah yang bertuah dan beruntung, kerana ujian yang diberikanNya membuatkan Engkau semakin dekat denganNya.Tidakkah engkau melihatnya? Tidakkah engkau menyedarinya? Bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah wahai insan yang dikasihi Allah.

♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..