Tuesday, June 5, 2012

hati?hati2?memerhati?diperhati?....




Hati manusia ada satu. 
Sama seperti jantung, otak, perut, mulut dan hidung.

Penggunaan kata 'hati' selain dari untuk menggambarkan satu organ bermula sejak awal kejadian Adam dan Hawa lagi...Hakikatnya memang Adam dan Hawa sama-sama jatuh hati.

Penggunaan ayat seperti "aku sudah jatuh hati", "hatiku milikmu" sehinggalah kepada ucapan "hati-hati di jalanraya" menggambarkan betapa ikhlasnya penyampaian maksud perasaan yang ingin diluahkan. Selalunya, tanpa kata-kata, ianya juga boleh diluahkan dengan tindakan atau walaupun sekadar senyuman.

Penggunaan kata "saya tiada hati" bukan bermaksud dia tiada organ hati. Tapi lebih kepada perasaan dari sebesar-besar benci atau sekecil-kecil perasaan ingin masih bebas. Jika ingin dilihat dari sudut positif walaupun hakikat hati sebenarnya telah sedikit remuk, mungkin dia perlukan masa. 

Berilah ruang dahulu sebelum beri hati sepenuhnya. Tetapi kita selalu berbuat sebaliknya.Perbuatan yang paling ikhlas ialah semua yang pertama. Contoh seperti jatuh cinta pandang pertama, senyuman pertama, sebutan yang pertama dalam perbualan, serta tindakan yang pertama sejak perkenalan. Jika yang pertama itu silap, maka tak sempurnalah yang berikutnya. Kerana itu ada pepatah berbunyi "terlajak perahu boleh diundur, tidak jika terlajak kata". Jadi susunlah kata-kata elok-elok kerana yang pertama keluar dari mulut itulah yang paling ikhlas dan akan diambil kira. Begitulah juga dengan segala tindakan kita.

Untuk mengingati orang yang tersayang bukan sekadar memakaikan topi keledar dan mengikatnya seperti slogan "Ingatlah orang yang tersayang". Tetapi boleh juga diluahkan dengan perbuatan seperti senyuman, beri hadiah, beri bunga, sms, doa setiap kali sembahyang malah berdoa dari jauh setiap kali ternampak hinggalah yang tersayang hilang dari pandangan. Secara tidak sedar perbuatan itu sebenarnya ialah perbuatan memberi hati. Ingat, bukan organ hati. 

Tetapi hati yang cukup ikhlas sehingga tidak mengharap apa-apa balasan demi melihat dia bahagia dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi... seindah cinta ibu kepada anaknya.



No comments:

Post a Comment